Saturday, May 30, 2009

Manfaat; Keutamaan Surat Al Ikhlas


Keutamaan Surat Al Ikhlas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai
Muhammad): "Dialah Allah Yang Maha Esa . Allah Yang menjadi tumpuan segala
permohonan. Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada
sesiapapun yang sebanding dengan-Nya


Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa'id al-khudri; seseorang
mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang

di masjid. Pada keesokan
paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu
kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah
s.a.w berkata, "Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti
sepertiga al Quran!"



Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan
dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah
al-Ikhlas. Baginda berkata, "Wajiblah." Saya bertanya kepadanya, "Apa ya
Rasulallah?"
Baginda menjawab, "Syurga" (Wajiblah syurga bagi si pembaca
itu)
.

Posted on by Handi Priyono in